Apabila nyawa menjadi taruhan wang tunai bernilai RM 10,000 terpaksa ditinggalkan seorang pekerja Myarmar dalam rumah yang hancur semasa tragedi tanah runtuh berdekatan dengan tapak perkhemahan Father’s Organic Farm semalam.

Menurut mangsa Thawng Uk, 35 berkata, dia terpaksa menyelamatkan diri bersama 12 rakan lain selepas rumah kongsinya bergegar akibat dihempap tanah runtuh.

“Kami terus berlari meninggalkan rumah dan 30 minit selepas itu, rumah kami hancur dan musnah ditimbus tanah runtuh.

“Kami tidak sempat membawa barang peribadi lain, termasuklah wang tunai RM10,000 yang dikumpul untuk dikirimkan kepada keluarga di kampung,” katanya.

Walaubagaimanapun berjaya menyelamatkan diri masih ada berapa rakan mereka yang mengalami kecederaan ketika menyelamatkan diri.

Tamat