Ramai yang mula mempersoalkan tindakan kerajaan BN-PH ini seakan mereka tidak selamat berada di Parlimen kini.
Bimbang ditikam belakang katanya, jadi setiap ketua pimpinan parti telah membuat satu MoU mewajibkan semua sokongan kepada PM Anwar Ibrahim.
Secara polisi perlu atau tidak MoU sebegini ? Itu menjadi persoalan kerana jika ahli Parlimen wajib menyokong semua tindakan Anwar Ibrahim dalam Dewan Rakyat yang mulia itu maka hilanglah konsep demokrasi.
Perlu diingatkan konsep Demokrasi Berparlimen bukanlah berpaksi kepada ketua parti, tetapi paksinya berpegang ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat dibawahnya.
Ini kerana tindakan perjanjian MoU berkenaan turut mengugut setiap ahli Parlimen yang tidak patuh kepada ketua parti politik akan diberhentikan dan perlu dikosongkan kerusi Parlimen berkenaan.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, menerusi kandungan MoU berkenaanKlausa 4(a) Perjanjian Persefahaman memerlukan setiap parti dan pihak mengundi untuk menyokong Perdana Menteri dalam usul-usul percaya, perbekalan dan/atau apa-apa usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan Kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Setiap parti dan pihak hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan secara dalaman di dalam parti-parti mereka bagi memastikan sokongan parlimen untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan Malaysia dalam sebarang undian yang membawa kesan kepada keabsahan Kerajaan Perpaduan Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Jika begitu hilanglah konsep demokrasi yang selama ini dilaungkan oleh Anwar Ibrahim itu sendiri apabila perjanjian ini dilihat seakan menyekat Ahli Parlimen daripada bersuara kerana semuanya perlu dirujuk kepada ketua pimpinan parti.
Tidak sekadar itu, Ahmad Fadhli Shaari berkata apabila dilihat Klausa 4(b) memerlukan parti PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN untuk memastikan bahawa setiap Ahli Parlimen mereka mengundi menurut Klausa 4(a).
“Kegagalan, keengganan atau kecuaian dari berbuat demikian hendaklah diambil kira sebagai pelanggaran tanggungjawab Ahli Parlimen secara individu kepada Parti itu, yang dianggap sebagai perletakkan jawatan dan/atau pemberhentian daripada menjadi Ahli Parlimen dan bahawa kerusi beliau dikosongkan dalam kerangka maksud Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan.
“Parti Ahli Parlimen tersebut hendaklah mengeluarkan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas pengosongan tersebut menurut Artikel 49A(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi notis kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya kecil,” katanya.
Jadi setelah ahli Parlimen ditekan sebegini rupa, pastinya paksi konsep demokrasi Berparlimen ini hanya tinggal nama sahaja.
Menurut Fadhli Shaari, selaku Ketua Pemuda PN berkata kesan kumulatif MoU ini hanya bagi memastikan semua ahli Parlimen dari parti PH, BN, GPS, GRS dan WARISAN untuk mengundi hanya satu cara yang dikehendaki oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim Fadhli Shaari(“DSAI”), PM10 bagi memastikan DSAI dapat memperolehi sokongan yang mencukupi untuk terus menjadi PM10.
“Perjanjian Persefahaman tersebut adalah haram dan tidak sah di sisi undang-undang kerana ia adalah menyekat dan bercanggah dengan prinsip demokrasi berparlimen yang merupakan ciri asas kerajaan Malaysia berpaksikan Raja Berperlembagaan.
“Pada masa sama, MoU berkenaan bercanggah dengan undang-undang berikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
“Perkara 43(a) Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan Perdana Menteri untuk mendapatkan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan bukan dengan cara Perjanjian Persefahaman yang menyekat kebebasan ahli Dewan Rakyat untuk menyuarakan, melindungi dan mengundi dalam Parlimen demi hak dan kepentingan rakyat yang mana objektif dan kesan Perjanjian Persefahaman itu merosakkan dan memudaratkan demokrasi berparlimen.
“Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kesan terhadap kerusi parlimen akibat pertukaran parti politik serta Perkara 62 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tatacara Parlimen dan pengundian.
“Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan dan s. 3 Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952 yang menjamin kebebasan ahli-ahli Parlimen untuk bersuara dan membahas dalam prosiding Parlimen,” katanya.
Beliau berkata MoU berkenaan adalah haram dan tidak sah di sisi undang undang menurut s. 24 dan 25 Akta Kontrak 1950 kerana objektifnya merosakkan demokrasi berparlimen, bercanggah dengan polisi awam dan adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang dan berunsur salah.
Pada masa sama, MoU berkenaan dilihat salah perlu didakwa menerusi kesalahan berikut:
1. Pakatjahat jenayah di bawah s. 120A Akta 574;
2. Aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen di bawah s. 124B Akta 574;
3. Percubaan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen di bawah s. 124C Akta 574;
4. Kesalahan terhadap undang-undang Malaysia di bawah s. 225B Akta 574;
5. Menyubahati sesuatu pekara di bawah s. 107 Akta 574;
6. Membuat satu perjanjian yang kesan dan objektifnya adalah haram dan tidak sah melanggari s. 24 dan 25 Akta Kontrak 1950 yang merosakkan dan memudaratkan demokrasi berparlimen, bercanggah dengan polisi awam dan adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang dan berunsur salah.
Menurut Fadhli Shaari berkata ini satu perbuatan salah merosakkan dan memudaratkan demokrasi berparlimen. Oleh itu beliau memohon pihak polis untuk menyiasat perkara ini supaya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dapat dijamin dan keamanan negara dapat dipelihara.
Tamat