Ramai terkejut apabila ADUN Gurun, Datuk Seri Johari Abdul melepaskan jawatan baru-baru ini, walaupun sudah ada cakap-cakap tepi tetapi hari ini sudah terbukti akhirnya dia dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Berdasarkan undi keseluruhan Johari telah mendapat sebanyak 147 undi daripada keseluruhan 222 Ahli Dewan Rakyat.

Menurut sumber Johari dipilih selepas undian sulit dijalankan bagi usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Pencalonan Johari dikemukakan oleh Anwar dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tamat

Advertisement