“Langkah itu bertentangan dengan hak-hak setiap individu hendak bercakap,” itu kata jelas daripada Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.

Menurutnya tindakan melaksanakan MoU dengan memaksa setiap wakil rakyat blok yang menyokong kerajaan PH-BN mengundi sokong Anwar dianggap sebagai bertentangan hak kebebasan bersuara dan berpersatuan.

Hamzah berkata tindakan itu dianggap sebagai menyekat dan merosakkan demokrasi dan kebebasan parlimen.

Terdahulu usul tersebut dibentang Timbalan Perdana Menter,i Dato’ Seri Fadillah Yusof.

Baru-baru ini, parti-parti blok PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan menandatangani perjanjian bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi.

Antara kandungan perjanjian itu kegagalan Ahli Parlimen dalam kerajaan PH-BN menyokong perdana menteri dalam usul percaya, perbekalan, atau sebarang usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan, dikira meletak jawatan.

Hamzah berkata bahawa peraturan tersebut jelas bercanggah dengan perlembagaan.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) turut menyokong hujah Hamzah dengan menyebut MoU persefahaman bertentangan dengan Akta Kontrak dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Malah katanya, Majlis Peguam Malaysia juga menyifatkan MoU tersebut sebagai bertentangan dengan pelembagaan

Tamat

Advertisement