120 minit paling getir dalam sejarah sukan bola sepak menyaksikan kedudukan akhir Piala Dunia FIFA akhirnya terikat 3-3 pertembungan dua lagenda Argentina dan Perancis.
Bagi memecahkan kebuntuan itu, sepakan penalti akhirnya memihak kepada negara kelahiran raja bola dunia Maradona menyebabkan Perancis akur dengan keputusan berkenaan.
Memasuki penentuan sepakan penalti, tuah semakin cerah berpihak kepada Argentina apabila Kingsley Coman dan Aurélien Tchouaméni gagal menyumbat gol ke dalam gawang.
Kesempatan itu akhirnya dimanfaatkan Goncalo Montiel untuk memastikan Argetina menang dengan keputusan 4-2 sekaligus membawa pulang kembali Piala Dunia ke Buenos Aires selepas kali terakhir ia berjaya dilakukan ketika edisi 1986 di Mexico.
Ia juga menamatkan penantian Messi yang sudah pun berusaha untuk memenangi piala ini sejak mencubanya pada 2006.
Tamat