Tidak dapat dinafikan lagi jasa unit Amal PAS yang kini sedang bertebaran seluruh Malaysia menghadapi gelombang monsun sekali gus mengakibatkan bencana seluruh negara.
Warna merah hati, sinonim dengan uniformnya mulai dikenali setiap lapisan rakyat sejak beberapa tahun lalu apabila berlakunya bencana alam.
Daru utara peritiwa kepala air di Yan, Kedah sehingga berlakunya peristiwa banjir besar di Lembah Klang, turun ke Pahang banjir di Pahang, Terengganu Dan Kelantan.
Tahun ini bermula Tanah Runtuh Selangor kini ke Bencana Banjir Kelantan, Terengganu dan Pahang mereka tetap setia terus berkhidmat bagi membantu rakyat dan agensi kerajaan, dalam misi kemanusiaan tanpa sempadan.
Unit Jabatan Amal kini bukan sekadar sukarelawan biasa tetapi kini mereka yang terlibat kebanyakkan semua golongan professional,terdiri daripada penyelam penyelamat, unit komunikasi SAR, serta pegawai-pegawai perubatan yang bersedia membantu demi ummah.
Tak perlu politikkan kami, bantu sebarkan sahaja kerja buat yang baik ini sudah memadai agar lebih banyak kebaikan tersebar di ruang media. Mohon doa kalian sebagai kekuatan mengiringi kami.
Tamat