Ajaib, apabila Allah menunjukkan bukti keagungannya di mana keadaan surau 100% tenggelam air tapi sejadah imam bersih tak terusik langsung.

Menurut seorang pengguna TikTok, kejadian berlaku di surau Padang Kubu di Kampung Padang Kubu di Kemaman, Terengganu, selepas dilanda banjir pada Ahad lalu.

Bayangkan keadaan banjir sangat teruk sehingga kawasan sekitarnya dilanda banjir serta berlumpur selepas surut, namun ruang solat imam kelihatan kering seperti tidak terusik.

Menerusi perkongsian di laman sosial, dua foto menunjukkan keadaan di dalam surau berkenaan yang mempunyai kesan lumpur berwarna coklat.

Menurut penduduk setempat memaklumkan banjir mulai surut pada Isnin, air mulanya naik mencecah paras pinggang.

“Kalau fikir logik, memang tak masuk akal sedangkan air paras pinggang,” katanya di ruang komen bagi mengulas respons netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan kebesaran Allah SWT terhadap kejadian yang menakjubkan itu.

Segelintir mereka seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat, tetapi akur dengan kekuasaanNya.

“Macam tak percaya… tapi itulah bukti Allah Maha Kuasa.

“Kekuasaan Allah SWT. Allahuakbar.

Tamat

Advertisement