Negara haram Israel dilihat sengaja menembak mati pemain bola sepak kelab Palestin berusia 23 tahun, selepas dikatakan ‘koyak’ selepas dikecam peminat Piala Dunia FIFA 2022.
Ahmed Daraghmeh cedera parah apabila penduduk Palestin berbalas tembakan dengan tentera Israel yang menyerbu bandar Nablus untuk mengiringi sejumlah penduduk Israel ke tapak yang dianggap mereka sebagai Makam Joseph di bandar tersebut.
Bunyi tembakan kedengaran dalam video amatur yang dirakamkan penduduk Palestin dari tingkap mereka.
Daraghmeh berasal dari bandar Tubas, manakala media Palestin melaporkan bahawa dia bermain bola sepak untuk kelab Liga Perdana Tebing Barat, Thaqafi Tulkarem.
Laman web bola sepak Arab popular, Kooora menyenaraikannya sebagai penjaring terbanyak untuk pasukannya pada musim ini dengan meledakkan sebanyak enam gol.
Tamat