“Kalau harga ayam tu dah mahal sangat, we should reduce makan ayam,” itu antara formula daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu sidang media kelmarin.
Kenyataan itu membuatkan rakyat muak dengan saranan daripada seorang yang kononnya mempunyai pelbagai formula bagi menangani kesan inflasi dalam negara.
Bagi Rafizi mungkin seminggu tanpa ayam tidak menjadi masalah, namun rakyat marhean tidak sebegitu, kerana sumber protein yang paling murah setakat ini adalah ayam.
Sekiranya mahu dibandingkan dengan keadaan telur, telur sukar didapati di pasaran, ikan pula semestinya harga melambung tinggi apabila musim monsoon begini.
Mahu tidak mahu, ayam tetap menjadi pilihan rakyat, nak boikot penggunaan ayam? Maksudnya tak berasaplah dapur dirumah nanti.
Rafizi yang selama ini pakar dengan formula perlu membuktikan dia berjaya kali ini.
“Kita juga perlu ‘suntik’ keanjalan dalam permintaan sebagai satu lagi mekanisme kawalan harga.
“Kerajaan banyak data harga yang boleh digunakan rakyat. Kita mula dengan yang ini, Insya Allah sedikit demi sedikit kita kembalikan kuasa pengguna,” katanya.
Tamat