Pastinya ramai peminat Bola Sepak dunia berazam untuk memiliki wang kertas not 1000 peso selepas Bank Pusat Argentina mempertimbangkan untuk meletakkan wajah Lionel Messi selepas menjuarai Piala Dunia selepas menentang Perancis baru-baru ini.

Hal ini kerana bintang bola sepak berusia 35 tahun itu telah mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama yang merangkul anugerah ‘Golden Ball’ sebanyak dua kali dalam edisi Piala Dunia.

Ditambah lagi dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, malah dia dikatakan berada pada prestasi terbaik sepanjang kejohanan tersebut yang berlangsung pada musim Piala Dunia ini.

Disebabkan jasanya kepada Argentina yang mempunyai pengaruh besar, Bank Pusat negara itu mempertimbangkan untuk memberi penghormatan kepada Messi dengan cara luar biasa.

Ekoran itu penerbitan Mexico mencadangkan badan kewangan Argentina untuk mempertimbangkan ‘cara’ meraikan kemenangan Piala Dunia dengan meletakkan wajah Messi pada not 1000 peso dan ia dikatakan sebagai cadangan.

Tambah lagi, pemilihan not wang kertas yang bermula dari angka 10 adalah bersempena dengan nombor pemain di jersi yang digunakan oleh bintang itu sendiri.

Malah, ada desas-desus yang mengatakan bahawa cadangan nama “La Scaloneta” iaitu nama panggilan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni akan ditulis pada bahagian belakang wang tersebut.

Namun, menurut akhbar El Financiero, idea itu dikatakan sebagai ‘gurauan’ yang dicadangkan oleh anggota Pusat Bank Argentina.

Bagaimanapun pengarah Bank Pusat, Eduardo Hecker dan Lisandro Cleri tidak menafikan bahawa cadangan wang kertas (tertera wajah Messi) tersebut akan membangkitkan semangat rakyat Argenntina.

Tamat