Apa yang terfikir apabila banjir hanyalah menyelamatkan nyawa tanpa air banjir mengalir deras muara Tok Bali ketika air banjir mengalir deras ke laut pada Ahad lalu.

Memandang air banjir begitu laju, menyebabkan 15 bot perikanan hilang sehingga mengakibatkan pengusaha kerugian lebih RM 1 juta.

Pengurus Syarikat Taman Sara (M) Berhad, Murkhan Jasin berkata, daripada jumlah itu, hanya tujuh bot dapat diselamatkan dan masih boleh digunakan, tiga buah dijumpai tenggelam manakala lima buah lagi hilang.

Katanya, banjir yang berlaku baru-baru ini menyebabkan syarikat itu rugi lebih RM1 juta dan jumlah tersebut tidak termasuk kos membaiki kerosakan selain upah jentera menarik bot ke jeti yang mencecah RM50,000.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam Ahad lalu apabila kesemua tali yang menambat bot terputus dari tambatan simen apabila Terusan Semerak bergelora akibat arus deras.

“Penjaga bot yang ditugaskan tidak mampu mengambil sebarang tindakan ketika itu kerana keadaan berlaku dengan pantas, namun mereka sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Murkhan berkata, usaha mencari kesemua bot yang hilang itu dijalankan pada Isnin lalu dan hanya 10 buah ditemukan manakala lima lagi masih hilang.

Katanya, lima buah bot laut dalam Zon C yang belum ditemukan itu diperbuat daripada kayu yang dianggarkan bernilai RM100,000 setiap satu.

Tiga bot yang rosak teruk adalah bot kargo bagi pengangkutan barangan dan bot fiber khusus untuk persiaran yang digunakan untuk mengangkut pelancong ke Pulau Perhentian.

“Ia ditemukan tersadai di tepi pokok nipah dan sebahagiannya tersadai di daratan. Ini merupakan kejadian pertama yang berlaku kepada bot-bot syarikat sepanjang 10 tahun beroperasi di Tok Bali,” katanya.

Murkhan berkata, kehilangan dan kerosakan bot-bot itu sekali gus menjejaskan operasi syarikat selain punca pendapatan kepada 150 pekerja yang terdiri daripada golongan nelayan.

Sumber – UTUSAN

Advertisement