“Selepas PRU selesai, seeloknya tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik,” itu kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.
Menurut beliau menyeru pihak berkuasa supaya tidak menyekat pendakwah bebas yang menyatakan sokongan terbuka kepada gabungan pembangkang itu.
“Saya tahu ramai pihak berpengaruh termasuk pendakwah bebas dan artis terkenal yang memberikan sokongan terbuka kepada PN dalam PRU-15 yang lalu.
“Ada juga pihak yang menyatakan sokongan terbuka kepada parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Ini adalah hak mereka dalam sebuah negara demokrasi.
“Baru lah boleh dikatakan pilihan raya di negara kita dijalankan secara bebas, adil dan kompetitif,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebooknya.
Tamat