Jom ikuti rantaian mengapa ayam dan telur tak pernahnya cukup di pasaran tempatan, nak salahkan siapa? Tauke ayam? peruncit kecil ? Pengeluar ayam dan telur ? atau senang cerita salahkan si pengguna kerap sangat makan ayam dan telur.
Ya diakui sumber protein paling mudah didapati di Malaysia ayam dan telur, jadi itulah makanan rakyat marhean, Takkan nak ajar makan kacang dal pula.
Namun kerajaan kini dilihat mahu seolah-olah menjadi hero tetapi tanpa jalan penyelesaian yang berkesan hanya mengulas isu yang tak berkesudahan.
Seharusnya ada pendekatan baharu untuk isu protein marhean ini, kerana Malaysia merupakan negara pengimport telur, cuba kita ke sebarang tambak sana, rakyat Singapura dapat menikmati jumlah telur lebih banyak daripada Malaysia.
Jadi di mana subsidi telur untuk rakyat Malaysia ? Bukankah telah diberikan subsidi untuk telur dan ayam, atau ada tangan-tangan taikun yang mengatur setiap simpanan bekalan makanan negara?
Jadi tiba masanya kerajaan sendiri yang perlu mengawal selia kedudukan telur dan ayam ini bukannya serahkan pada taikun-taikun. Bukankah kita ada agensi pertanian FAMA, MADA, Felda, Fecra dan sebagainya?
Apa kata sekiranya kerajaan jadikan tanah yang ada sebagai hub pengeluaran makanan beri ayam telur kepada mereka untuk dibela di batas-batas sawah, kebun sawit, kebun getah dan sayuran.
Pastinya bakal menjanjikan kelangsungan bekalan protein negara, cara ini pastinya dapat menurunkan harga bekalan makanan itu sendiri.
Usah dicerita masalah gandum ayam, dedak mahal, kerana hampas sawit kini diproses dan dieksport ke Timur Tengah sebagai makanan ruminan serta dedak ayam.
Jadi tidak berlaku isu masalah bekalan dedak dan sebagainya, kawal selia perlu dilakukan oleh kerajaan, bukannya kerajaan memberi tangan kepada taikun-taikun untuk membolot hasil bumi negara.
Tamat