Tiada apa yang paling menggembirakan buat rakyat Kedah apabila tanggal 1 Januari 2023, negeri ini telah bebas jadi sebarang aktiviti perjudian mahupun nombor ekor.
Pastinya rahmat Allah turun mencurah – curah apabila tiada lagi premis judi di negeri Kedah selepas Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengambil pendekatan membatalkan lesen premis itu.
Soalnya cuma satu, mengelakkan bencana akibat barah judi ini menular dalam keluarga seterusnya masyarakat. Sudah ramai yang akhirnya bangkrap akibat najis judi ini, menjadi perosak ekonomi keluarga.
Tindakan Sanusi itu disokong sekian ramai ADUN serta rakyat yang turut serta rakyat termasuk mereka yang bukan beragama Islam.
“Semua penguat kuasa PBT diarah memeriksa kedai judi dan loteri di seluruh Kedah, bagi memastikan tidak ada yang dibuka hari ini, kita mungkin tidak tahu jika ada yang masih beroperasi.
“Semua lesen mereka telah tamat tempoh pada 31 Disember dan kita tidak lagi perbaharui lesen judi,”
Keputusan itu menjadikan Kedah sebagai negeri ketiga yang mengharamkan premis cabutan nombor ramalan berlesen selepas Kelantan dan Terengganu di bawah pentadbiran PAS.
Terdahulu Sanusi dalam persidangan dewan DUN Kedah pada 14 November lalu mengumumkan kerajaannya tidak lagi memberi kelulusan lesen premis perjudian selain menghadkan aktiviti penjualan arak di seluruh negeri itu.
Tamat