“Pelaksanaan dasar yang tegas terhadap judi wajar dilaksanakan tanpa syarat. Tidak wajar sekadar berbangga dengan penurunan cabutan undi tetapi premis judi masih dibiarkan membelenggu masyarakat di negara ini,” itu kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya.

Menurutnya dengan nilai yang ditunjukkan oleh kerai negeri Kedah, sepatutnya kerajaan persekutuan haruslah ibrah bagi menghapuskan lesen judi sepenuhnya di negara ini.

“Ketengahkan dasar mendidik rakyat dalam neraca manusiawi yang betul berpandukan agama.

“DUPP yakin dan percaya bahawa tidak ada dapatan yang menunjukkan aktiviti judi boleh membawa masyarakat keluar daripada kepompong kemiskinan. Ia hanya ilusi ibarat sebuah fatamorgana,” katanya menerusi laman Facebook rasminya.

Tamat

Advertisement