“Bolehkah masalah maksiat dan sosial di negeri ini berhenti dengan berbuat demikian? Apa yang kita bimbang adalah kesudahannya nanti, aktiviti ini menjadi tidak terkawal dan sesiapa saja semakin bebas berjudi,” itu kata biadap daripada Setiausaha DAP negeri, Teh Swee Leong
Lain macam khabar daripada DAP kali ini, secara terang dan menunjukkan betapa mereka kecewa dengan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengambil pendekatan menutup semua premis judi di negeri berkenaan bermula 1 Januari 2023.
Menurutnya, tindakan itu akan memberi lebih banyak masalah kepada masyarakat kerana ia secara tidak langsung menggalakkan aktiviti perjudian haram.
“Saya melihat langkah itu wajar dipertimbang semula bertujuan mengekalkan keharmonian kaum dan mengawal masalah sosial.
“Saya berharap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dapat menarik balik arahan dan mengeluarkan lesen kepada pengusaha premis judi berlesen bagi memastikan keharmonian kaum.
Lebih berani Swee Leong turut mempersoalkan tindakan Sanusi itu dengan mengatakan tindakan Menteri Besar itu hanya tidak akan menyelesaikan masalah maksiat dan sosial.
Tamat