Apakah mereka tidak belajar daripada situasi lalu? Apabila kemasukkan pelancong China secara besar-besaran ternyata mengundang bencana di waktu negaranya sendiri sedang bertarung dengan pendamik Virus COVID 19 yang kini datang dengan varian baru.

Tahun 2019 cukup mengajar rakyat Malaysia bagaimana semuanya risau dengan pelancong China, tetapi mereka di kabinet mulai mengejar pelancong ini.

Hanya dengan satu alasan, kononnya membawa keuntungan kepada negara. Untung apa sekiranya negara terpaksa mengeluarkan harga yang tinggi untuk memulihkan keadaan.

Itu tidak termasuk jutaan pelancong China yang tiba-tiba hilang dalam negara semasa berlakunya COVID 19. Bimbang rakyat ada alasanya kerana golongan marhean ini paling terkesan sekiranya berlaku lagi PKP .

Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat sebanyak 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang dijangkiti dengan BF.7.

“Bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China,” katanya.

Selain itu PERSATUAN Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) menggesa kerajaan supaya menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian Covid-19 di negara itu reda.

Presiden Mata Mohd Khalid Harun berkata, lonjakan ketara kes Covid-19 di China baru-baru ini meningkatkan lagi potensi varian baharu yang bakal muncul sekali gus memberi kegusaran kepada rakyat Malaysia khususnya pemain industri pelancongan.

“Kita sedia maklum hospital di seluruh China dibelenggu oleh letupan kes Covid-19 berikutan keputusan Beijing untuk menarik balik peraturan ketat mereka.

“Trauma yang dihadapi oleh pemain industri pelancongan akibat Covid-19 masih belum selesai malah banyak agensi pelancongan serta hotel ditutup sepenuhnya akibat Covid-19 dengan kerugian berbilion ringgit dalam tempoh dua tahun yang lalu,”

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia dijangka menyaksikan lonjakan permintaan penerbangan susulan pembukaan semula sempadan China.

Namun begitu pihak kerajaan kini hanya melihat China sebagai sumber lubuk emas sedangkan ianya turut membawa calitan najis buat Malaysia.

Bagaimana mahu mengalu-alukan rakyat China ke negara ini sekiranya apa yang mereka bakal bawa turut merosakkan Malaysia? Rakyat takkan lupakan sejarah COVID 19 dahulu.

Baru-baru ini Menteri Pelancongan, Tiong King Sing meminta orang ramai berhati-hati terhadap komen mereka berhubung ketibaan pelancong dari China susulan pembukaan semula sempadan negara itu.

Ini berikutan kebimbangan kedatangan pelancong dari China akan menyebabkan peningkatan semula kes Covid-19 seperti yang dihadapi negara itu ketika ini.

Dalam catatan di Facebook yang ditulis dalam bahasa Cina hari ini, Tiong berkata pelancong dari China tidak sewajarnya merasa tersisih untuk datang ke negara ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa semua orang supaya berhati-hati dalam kata-kata dan tindakan anda, jangan membuat komen yang tidak mesra sebelum anda mengetahui gambaran penuh.

“Jangan merosakkan persahabatan antara Malaysia dan China, atau wujudkan tanggapan bahawa kita tidak mengalu-alukan kedatangan pelancong dari China,” katanya.

Sekiranya kerajaan terbaru ini mempunyai dasar sebegitu jadi apakah kerajaan lebih mementingkan pelancong China daripada kesihatan rakyat sendiri?

Tamat

Advertisement