Kini seakan babi diberi perhatian pula apabila kerajaan mulai mengambil berat harga babi dipasaran sedangkan harga ayam lebih menjadi keutamaan.
Seperti mana diketahui ayam merupakan sumber protein utama negara, namun pihak kerajaan hanya mengusulkan langkah ‘mengurangkan makan ayam’ sebagai alternatif bagi mengelakkan harga ayam kembali ke paras normal semula.
Tidak seperti babi yang dilihat mendapat layanan kasta lebih tinggi sedangkan pengguna haiwan jijik itu bukanlah menjadi dominan dalam negara.
Ini dijelaskan menerusi cadangan untuk mengawal kestabilan harga daging babi, menjelang Tahun Baru Cina yang akan dibawa untuk perbincangan mesyuarat kabinet hari ini
Dasyat kepentingan babi di dalam negara mendapat perhatian sehingga bakal dibawa ke dalam dewan kabinet, perkara itu Diumumkan sendiri oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) semalam.
MAFS diwakili oleh timbalan menterinya Chan Foong Hin membincangkan hal keperluan babi ini bagi menjamin bekalan dalam negara.
“saya mendengar dan mengambil maklum kegusaran pelbagai pihak berkenaan kestabilan bahan makanan dan kos menjelang perayaan Tahun Baru Cina, termasuk isu bekalan dan kos daging khinzir,”.
Tamat