Selama ini mahkamah dunia mahupun mahkamah di negara haram Israel memang sentiasa memihak kerajaan kejam itu.

Terkini Menteri Keadilan Israel, Yariv Levin mengumumkan mahu mengurangkan kuasa mahkamah seakan mengundang jenaka seluruh dunia.

Jika sebelum ini pun, satu dunia sudah tahu Israel belum pernah akur kepada sebarang keputusan mahkamah.

Levin ketika membentangkan perkara itu kepada media berkata, jika Parlimen mereka melaksanakannya, ia akan meningkatkan kuasa pegawai yang dipilih ke atas mahkamah.

“Terdapat hakim-hakim, tetapi pada masa yang sama ada Parlimen dan kerajaan.

“Demokrasi berada dalam bahaya apabila kita mengundi dalam kotak undi, tetapi mereka yang tidak dipilih pula membuat keputusan untuk kita semua,” katanya yang memikirkan mengenai pembaharuan ini selama dua dekad lalu.

Tamat