Baru-baru ini terbit pula frasa baru ‘Langkah London’ yang pastinya membuatkan ramai tidak senang duduk dan mulai panas punggung.

Mana tidaknya analogi peristiwanya seakan sama apabila rakyat tidak rela pelancong China masuk ke dalam negara namun pihak kerajaan tetap mahukan kehadiran pelancong China.

Selepas itu berlaku jangkitan secara berskala besar menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan memerintah PH pada ketika itu sehingga berlakunya ‘Langkah Sheraton’.

Melalui proses berkenaan Tan Sri Muhyiddin dipilih menjadi Perdana Menteri sekali gus menutup pintu sempadan negara melalui PKP.

Buat masa kini Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin tidak menolak prospek Perikatan Nasional kembali berkuasa selepas menjalin pakatan baru.

“Pintu sentiasa terbuka,” katanya menjawab soalan mengenai PN membuat kemunculan semula di peringkat kerajaan persekutuan dengan sekutu baru.

Berkongsi ramalannya mengenai pilihan raya negeri akan datang, Hamzah berkata PN akan menawan Selangor, yang berada di bawah kawalan PH sejak 2008.

Bagi Negeri Sembilan yang dikuasai PH, Hamzah berkata peluang pertandingan 50-50.

Dalam perkembangan berkaitan, dia menjangkakan PN akan mengekalkan penguasaannya di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kerjasama ini perlu menjadi satu dasar yang dipersetujui semua pemimpin parti, Bersatu, PAS dan Umno. Jika semua percaya dengan satu matlamat yang sama, maka tiada masalah untuk mewujudkan kerjasama ini.

“Jika ada satu pihak kata ‘tidak’, maka ia tak akan berlaku. Namun jika kita percaya antara satu sama lain, kita boleh mencapai matlamat kita,” katanya.

Tamat