“Bagi menerima dan mengalu-alukan kedatangan pelancong China dengan lebih baik, MOTAC mencadangkan laluan mudah disediakan di lapangan terbang antarabangsa,” itu kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing tadi.

Menurutnya laluan mudah disediakan di lapangan terbang antarabangsa negara ini bagi menerima kedatangan pelancong dari China dengan lebih baik.

“China sudah menutup sempadannya selama lebih tiga tahun. Kini, sejumlah besar pengembara dari China dijangka memasuki negara kita untuk melancong.

“Selain mempercepatkan proses pemeriksaan kastam tanpa menjejaskan pengembara dari negara lain, langkah ini juga dapat menonjolkan sifat mesra Malaysia dalam mengalu-alukan kedatangan pengembara dari China,”

“Saya juga merakamkan penghargaan kepada Jabatan Imigresen kerana bersetuju membuka laluan mudah, bagi memudah dan mempercepatkan proses kemasukan pengembara yang memasuki negara kita, serta mempercepatkan proses pemeriksaan kastam,” katanya.

Selain itu, layanan khas akan diberikan kepada pelancong China termasuklah menempatkan pegawainya yang mahir berbahasa Mandarin di semua lapangan terbang antarabangsa seluruh negara.

“MOTAC akan menyelaraskan usaha ini bersama pihak pengurusan lapangan terbang antarabangsa seluruh negara dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.



“Ini bagi memastikan ketersediaan di pintu sempadan negara, seterusnya melancarkan proses kemasukan pengembara, terutama dari China,” katanya.