Walaupun bukan lagi dalam parti politik, Zuraida Kamaruddin dan Redzuan Md Yusof akhirnya dikutip untuk bersama dalam NGO Muafakat Nasional.

Mungkin masih lagi dengan kiblat politik, NGO berkenaan turut mengumumkan pelantikan penceramah terkenal Ridhuan Tee Abdullah dan bekas Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar ke jawatan itu.

Presiden MN Annuar Musa berkata
beliau pelantikan itu selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi MN pertama selepas ditubuhkan bulan lepas.

Terdahulu Zuraida, bekas Ahli Parlimen Ampang, dipecat daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 27 Dis lepas bersama 10 individu lain selepas didakwa melanggar disiplin parti.

Menurut Annuar berkata, mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk menubuhkan enam kluster utama bagi mengukuhkan struktur organisasinya.

Kluster berkenaan terdiri daripada Ekonomi; Sosial dan Kebajikan; Pendidikan dan Kenegaraan; Politik dan Kepimpinan; Belia dan Mahasiswa; serta Media Sosial dan Seni Budaya.

“Enam kluster dibentuk supaya setiapnya membuat susulan perbincangan dalam aspek yang lebih spesifik,” katanya.

Tamat

Advertisement