Sudah terang lagi bersuluh arak pastinya membawa kemusnahan kepada bangsa termasuk kesihatan namun masih ada golongan yang mempersoalkan usaha murni Muhammad Fawwaz Mohamad Jan dalam cara beliau penuh diplomasi membantah penjualan arak secara terbuka serta besar-besaran.

Paling merisaukan mereka yang mengkritik perjuangan Fawwaz kini terdiri daripada mereka yang menerima didikan DAP kononnya bersifat dendam politik.

Bukankah si Farid Maulud ialah penolong setiausaha publisiti DAP Kedah tidak pernah mendengar ayat Al – Quran menyebut berkenaan 10 golongan yang dilaknat akibat arak.

Bermula dari mereka yang mengutip buah, memeramnya sehinggalah mereka yang menjualnya dan kini mungkin boleh tambah satu golongan iaitu mereka yang menyokong penjualanya.

Sepatutnya sebagai orang penting DAP yang mewakili orang Melayu, Islam perlukan mereka memberitahu satu golongan berkenaan sensitiviti majoriti.

Jadi langkah diambil oleh Ustaz Fawwaz satu langkah bijak kerana tiada sebarang publisiti murahan terus kepada tindakan bertemu pihak pengurusan menyatakan keadaan sebenar.

Itu tugas utama sebagai Ahli Parlimen, membawa suara rakyat jadi sebagai wakil rakyat beliau mengambil tindakan selepas mendapat rungutan daripada rakyat.

Perkara berkenaan turut diselesaikan secara baik apabila pengurusan menerima baik dan akan menyelesaikan perkara berkenaan secepat mungkin.

Bukanlah seperti sebahagian warga DAP yang mahu mengapi-apikan isu berkenaan. Daniel Gooi ADUN Pulau Pinang seakan menyimbah minyak panas kepada perkara berkenaan.

Meminta supaya pihak pengurusan terus berdegil walaupun secara sudah ada peraturan jelas yang melarang penjualan arak secara terbuka.

Tamat