“Seperti saya katakan, kita ada laporan mingguan (Laporan Laksana). Ia tidak pernah dilakukan sebelum ini,” itu tegas Tengku Zafrul apabila wujud tuduhan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan ketika pentadbiran kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Walaubagaimanapun Muhyiddin menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan tidak takut disiasat serta melafazkan sumpah bahawa beliau tidak pernah mengambil satu sen pun wang tersebut kerana bukan hak miliknya.

Pada masa sama, dakwaan yang kini hanyalah bersifat retorik semata-mata apabila Tengku Zafrul sendiri mengesahkan tiada apa-apa perkara yang tidak kena dengan dakwaan penyelewengan dana tersebut.

“Tidak ada apa-apa yang tidak kena (melibatkan pengurusan dana). Tapi saya sedia untuk bekerjasama sekiranya dipanggil oleh agensi berkaitan. Kami sangat telus.

“Laporan itu diserahkan kepada media, malah orang awam juga boleh mendapatkannya,” katanya.

Tamat

Advertisement