Seperti mana yang didakwa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menurutnya terdapat 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk daripada UMNO yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut Zahid Hamidi empat daripadanya datang dari Johor.
“Ahli Parlimen ini adalah mereka yang menyokong Muhyiddin ketika kemelut pembentukan kerajaan tercetus selepas PRU-15 lalu.
“Nama Ahli Parlimen BN yang dirujuk Ahmad Zahid itu pula bukan sepenuhnya daripada UMNO, sebaliknya sebahagian mereka mewakili parti komponen BN lain.
“Mereka diminta untuk membatalkan SD ditandatangani (untuk menyokong Muhyiddin) dan semuanya akur dengan arahan itu kerana parti tidak membuat sebarang keputusan untuk menyokong sama ada PN (Perikatan Nasional) atau PH (Pakatan Harapan) ketika itu,” katanya.
Menurutnya walaupun ada gesaan supaya dia berundur namun gerakan itu berjaya dihalang.
Sementara itu, sumber menyatakan, Ahmad Zahid menjelaskan wujud cadangan untuk UMNO menyertai blok pembangkang selepas PRU-15, namun pertimbangan itu sukar dipersetujui memandangkan UMNO perlu memilih antara PN atau PH.
“Syarat ditetapkan UMNO ketika mengadakan rundingan dengan PH adalah kerajaan yang dibentuk adalah Kerajaan Perpaduan bukannya kerajaan PH, sebelum ia dipersetujui pemimpin PH,” katanya.
Tamat