“Hentikan kegilaan ini. Jangan matikan demokrasi dalam Umno,” itu kata Bekas Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin apabila lebih lebih 100 ketua bahagian parti itu tidak mahu jawatan presiden dan timbalan presiden dicabar dalam PAU 2022.

Menurut beliau berkata tiada sesiapa yang berhak mematikan sistem demokrasi di dalam UMNO sekiranya.

“Saya rasa presiden seorang fighter (pejuang) yang tidak gentar menghadapi pencabar. Buka ruang pertandingan.

“Apakah para perwakilan dan akar umbi tidak punya hak memilih ketua mereka,” katanya semalam.

Berdasarkan laporan akhbar semalam kecoh apabila seramai 140 ketua Umno di peringkat bahagian menyatakan kebersamaan mereka untuk melihat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak ditandingkan tahun ini.

Tamat

Advertisement