“Kita tunggu mesyuarat PAU kali ini, dan sekiranya keputusan ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan untuk memikirkan untuk bertanding dalam pemilihan akan datang,” itu kata bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein.

Menurutnya beliau memberi bayangan akan menyertai persaingan merebut antara jawatan dalam parti jika pemilihan diadakan tidak lama lagi.

Pada masa sama beliau turut mempersoalkan tuduhan “pengkhianat” yang dibuat oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi kepada mereka yang tidak menyokong presiden sedangkan usaha bersama dengan Pakatan Harapan (PH) adalah bercanggah dengan parti.

“Jadi di mana pengkhianatnya? Saya mahu ingatkan kepada semua pihak orang ramai sudah bosan dengan cara kita berbalah , menuduh sesama kita kerana penting untuk parti melihat ke hadapan. Tiada yang saya perlu bimbang kerana kita konsisten sebelum ini.

“Kita kena berdepan Pilihan Raya Negeri, kita sudah kalah pada pilihan raya baru-baru ini (jadi) saya harap kita dapat bincangkan dalam PAU ini hala tuju dan cara untuk mengurangkan jurang di kalangan orang ramai terhadap parti dan perjuangan,” katanya.

Tamat

Advertisement