“Zahid seolah-olah menjadi ‘beban’ kepada Umno dan sedikit sebanyak kepada Pakatan Harapan (PH) atau kerajaan perpaduan,” itu kenyataan padu daripada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy apabila melihat keadaan semasa UMNO kini.

Pekung sudah terbuka, ada lagikah cara mahu menutupnya, itu keadaan jelas UMNO kini apabila tidak mahu mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan parti, yang mesti diadakan sebelum 19 Mei.

Timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata Umno tidak boleh diremajakan tanpa membersihkan imejnya yang “dicemari rasuah” terlebih dahulu, sambil menambah bahawa Zahid nampaknya “pemimpin paling tercemar”.

Bagaimanapun katanya, kerajaan perpaduan mungkin telah mengelak krisis politik serta-merta dengan keputusan Umno untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya.

“Sakit kepala Perdana Menteri Anwar Ibrahim mungkin hilang buat sementara waktu,” kata Ramasamy merujuk kepada hakikat bahawa ia akan memastikan sokongan berterusan Umno terhadap pentadbirannya.

ADUN Perai itu berkata cabaran sebenar PH dan Umno kini ialah bagaimana untuk meningkatkan sokongan daripada kalangan pengundi Melayu pada pilihan raya negeri akan datang.

“Lebih baik Umno berpihak kepada PH daripada tidak ada apa-apa,” katanya.

Tamat

Advertisement