Hari ini Siti Bainun, pemilik Rumah Bonda terkesima apabila 10 peguam yang mewakili dirinya dengan tiba-tiba menarik diri sekaligus mengakibatkan prosiding tergendala.

Perkara ini sebentar dikongsi oleh rakan NGO yang turut yang bersama-sama berjuang mempertahankan adik Bella.

Dari sedikit perkongsiannya, difahamkan 10 peguam probono yang mewakili Siti Bainun menarik diri atas alasan tiada masa lapang dan ia pastinya sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini dapat dilihat mereka yang membela adik Bella dan barisan peguam “bertikam lidah” di media sosial masing-masing.

Walau ia dilihat “kemenangan pertama” buat adik Bella namun perbicaraan ini mungkin mengambil masa lebih panjang kerana tertuduh pasti ingin melantik peguam baru dan prosiding kes hari ini juga tergendala.

Tamat

Advertisement