“Saya cadangkan dia (Ramasamy) elok jaga parti sendiri. Jangan bawa sikap orang tua lama dalam DAP sebab semua rakyat Malaysia hari ini mahu melihat dan mengharapkan pembaharuan,” itu kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii semalam.

Menurutnya kenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy sebagai melampau dan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas.

Razlan Rafii berkata, ini kerana menurutnya, imej Ahmad Zahid yang dilihat ketika ini adalah ‘ciptaan’ dan ia perlu diperbetulkan.

“Sebenarnya apa pun imej terdapat hari ini adalah ciptaan kerajaan atok (Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Jadi imej sebegini perlu dibetulkan dan sepatutnya penganiayaan politik perlu dikaji agar tiada lagi orang teraniaya.

“Jika masih mahu teruskan perangai lama DAP, saya rasa bukan orang Melayu sahaja tidak suka, tetapi semua orang (tak suka) kerana terlampau rasis dan bercakap tanpa asas,” katanya.

Tamat