“P Ramasamy Sakit Mental” itu satu tuduhan daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi tadi.

Hanya tiga frasa perkataan itu cukup membuktikan bahawa perang UMNO DAP semakin lama semakin membarah walaupun kononnya mereka ‘berpeluk cium’ kini.

Menurut Puad dia mengecam kenyataan ahli DAP, P Ramasamy yang menyifatkan Ahmad Zahid Hamidi menjadi ‘duri dalam daging’ kini.

“Sebab itu DAP Putrajaya desak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin (pada 2019),” katanya dalam hantaran di Facebook.

“Dia lupa dirinya adalah beban kepada DAP. Sebab itu DAP Putrajaya desak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

Beliau merujuk kepada desakan DAP Putrajaya mahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat menasihati Ramasamy, yang juga timbalan ketua menteri Pulau Pinang, daripada terus meniupkan sentimen perkauman.

Tamat

Advertisement