Tiada apa yang lebih menyedihkan daripada melihat 68 nyawa penumpang pesawat terkorban selepas pesawat berkenaan merempuh kawasan gunung ganang Nepal.
Video berkenaan dipercayai tular di media sosial selepas ianya distream secara live lima sekawan hampir mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pokhara, Nepal.
Salah seorang penumpang tersebut, Sonu Jaiswal, 29, yang dikatakan dalam perjalanan bersama empat rakannya untuk menikmati percutian aktiviti luncur udara adalah antara yang dilaporkan maut.
Salah seorang penumpang tersebut, Sonu Jaiswal, 29, yang dikatakan dalam perjalanan bersama empat rakannya untuk menikmati percutian aktiviti luncur udara adalah antara yang dilaporkan maut.
Pesawat ATR-72 itu mendarat secara normal sebelum skrin video Sonu secara tiba-tiba bertukar menjadi warna jingga dan disusuli dengan bunyi jeritan ketika kabin pesawat dilihat seperti bergegar.
Bunyi hentaman turut didengari sebelum kabin pesawat terbakar.
Dalam klip video seterusnya, pesawat yang berlepas dari Kathmandu itu kemudian dilihat terbang dalam keadaan terbalik serta hilang kawalan sebelum merempuh gaung di kawasan lapangan terbang Pokhara.
Paparan klip video kemudian menunjukkan keadaan ketika pesawat terbabit telah terhempas.
Seorang penduduk setempat, Khum Bahadur Chhetri berkata, dia dapat menyaksikan dari bumbung rumahnya ketika pesawat tersebut cuba mendarat.
“Saya melihat pesawat itu terbang ke kiri dan kanan sebelum ia menjunam dan terhempas ke dalam gaung,” ujarnya.
Dalam kejadian tersebut, seramai 72 orang dilaporkan berada di dalam pesawat itu ketika ia terhempas sekitar pukul 10.50 pagi (waktu tempatan).
Tamat