“Bagaimana kerajaan yang ada sekarang boleh dihormati jika Timbalan Perdana Menteri 1 (TPM1) terdiri dari sosok tubuh individu yang sedang dibicarakan di mahkamah atas berpuluh tuduhan jenayah rasuah dan pecah amanah?,” itu satu persoalan yang diutarakan oleh  Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim.

Menurutnya sehingga kini UMNO dikritik pula oleh PKR sekali gus ianya menjatuhkan kredibititi parti berkenaan selepas lebih 60 tahun bergelumang dengan najis rasuah. Terutamanya selepas Presiden UMNO sendiri Zahid Hamidi terlibat skandal rasuah

Hassan Anwar Ibrahim yang berdepan dilema seorang Perdana Menteri sekiranya  Zahid Hamidi terus dibiarkan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Jadi kerajaan Anwar sekarang tidak dapat mengelak diri jika rakyat yang celik huruf dan ilmu pengetahuan bertanya satu soalan, iaitu bagaimana kerajaan yang ada sekarang boleh dihormati jika Timbalan Perdana Menteri 1 (TPM1) terdiri dari sosok tubuh individu yang sedang dibicarakan di mahkamah atas berpuluh tuduhan jenayah rasuah dan pecah amanah?

“TPM1 sekarang berada di peringkat membela diri. Di akhir kes pendakwaan yang lalu, beliau telah didapati bersalah oleh Hakim kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy mengkritik UMNO sambil menyifatkan Zahid sebagai liabiliti kepada PH dan kerajaan Anwar.

Ramasamy dalam kenyataannya menyifatkan Zahid sebagai liabiliti kepada bukan sahaja terhadap UMNO, tetapi juga Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, itu membidas keputusan UMNO enggan membenarkan pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden yang menjadikan Zahid kekal menerajui parti itu, tetapi akan menjadi ‘duri dalam daging’ kepada PH dan kerajaan Anwar.

Beliau juga menyifatkan Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO itu sebagai ‘albatross’ atau ‘pembawa masalah yang menjadi penghalang’ yang bukan sahaja melingkari leher UMNO, tetapi juga PH.

Ramasamy juga berkata UMNO telah kehilangan sokongan majoriti pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 kerana beberapa pertuduhan rasuah terhadap Zahid.

Tamat