“Jika gagal capai sasaran jualan 3,000 yuan (hampir RM2,000) semua ahli kumpulan akan didenda dengan ada dihukum makan daging babi manakala perempuan dirogol,” itu luahan hati mangsa yang dikerah sebagai scammer.
Sedih apabila mendengar luahan hati mereka yang dipaksa menjadi ‘scammer’ serta diperlakukan sebagai binatang di negara orang.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Safinas berkata, tak sangka terasa begitu azab apabila dikerah bekerja sebagai penipu atau scammer di Myanmar selama tiga bulan amat perit.
“Ada lagi 16 warga Malaysia dalam kumpulan saya dan kami dipaksa tugas dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah malam sejak awal Oktober tahun lalu,”
“Jika gagal capai sasaran jualan 3,000 yuan (hampir RM2,000) semua ahli kumpulan akan didenda dengan ada dihukum makan daging babi manakala perempuan dirogol,” katanya dengan nada sedih.
Menurutnya mereka diselamatkan seorang ahli perniagaan Malaysia di Thailand, Victor Wong serta mendapat kerjasama kerajaan Terengganu dan Pahang
Misi berkenaan turut sepatutnya membawa pulang lima orang kesemuanya, namun dua mangsa lagi masih berada di Bangkok kerana masalah teknikal melibatkan dokumentasi perjalanan.
Menceritakan lebih lanjut, Safinas berkata, mereka diseludup masuk menerusi laluan tikus di Golok dari Kelantan sebelum dibawa ke Myawaddy, Myanmar dari sempadan Thailand.
Dari situ, mangsa kemudian dibawa pula ke KK Garden di negeri Shan yang terletak 650 kilometer atau 18 jam berkereta dari sempadan sebelum dipecahkan mengikut kumpulan.
Tamat