Rakyat semakin panik, telur kini kurang dipasaran, rata-rata yang ada dijual semua bukan lagi telur bersubsidi. Istilah telur bersubsidi semakin lama kian terhapus kini.
Pengguna seperti peniaga antara yang paling terkesan teruk akibat harga yang dijual di meningkat tinggi disebabkan telur berkenaan tidak lagi mempunyai subsidi.
Baru-baru ini Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mahu mengkaji pengapungan harga telur dan pemberian subsidi bersasar kepada golongan B40.
Menurutnya kementerianya mahu melihat dari semua aspek sama ada pelaksanaan itu baik atau tidak kepada golongan B40 kerana bagi yang mampu, mereka tidak kisah sekiranya harga naik.
Kementerianya sedang mengadakan perbincangan dengan tiga kementerian lain iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai subsidi bersasar itu.
Pada masa sama, kementerian juga sedang mengadakan perbincangan bersama penternak ayam sama ada akan meneruskan subsidi atau disusun semula bagi memperbanyakkan telur di pasaran.
“Kekurangan bekalan telur di pasaran ketika ini dapat diatasi dan dijangka lebih baik antara satu ke dua bulan lagi,”
Tamat