“Kita tidak boleh hendak paksa dia (ayam) bertelur terlalu cepat, jadi enam bulan itu sudah hampir dihujung, dalam satu dua bulan lagi,” itu kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh.
Ayam juga akhirnya disalahkan, menurutnya kekurangan bekalan telur ayam masih berlaku di seluruh negara disebabkan baka ayam penelur yang baharu dibawa masuk ke negara ini masih belum bertelur.
“Isu kekurangan telur ayam berlaku oleh kerana kekurangan baka ayam penelur jadi apabila kita dapat membawa masuk baka ayam yang baharu jadi kita memerlukan masa enam bulan untuk baka ayam bertelur,” katanya.
Fauziah berkata bekalan telur yang mula menghadapi masalah sejak Oktober tahun lalu dijangka selesai dan dapat kembali stabil selepas ayam penelur baru mula bertelur.
Tamat