“Umno mungkin merosot lagi kerana terus dikuasai Zahid,” itu kata bekas Perdana Menteri Malaysia keempat Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya itu kerana kononnya parti keramat yang memperjuangkan orang Melayu itu masih mengekalkan Zahid Hamidi yang sedang dibicarakan kerana rasuah sebagai tunggak utama.

“Perlembagaan Umno memperuntukkan ahli menukar pemimpin. Tetapi ahli Umno ternampak bersedia mengekalkan pemimpin yang sedang dicaj pun,” katanya dalam kenyataan.

Mahathir berkata walaupun presiden parti telahpun dibicarakan atas sebab rasuah dan menyeleweng namun ahli parti masih lagi mahu memilih Zahid Hamidi menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap UMNO.

Mahathir berkata sejak PRU 2004, prestasi Umno menurun sepanjang masa, daripada 109 kerusi ketika itu kepada 79 (PRU 2008), daripada 88 (PRU 2013) kepada 54 (PRU 2018), dan akhirnya 26 pada PRU lepas.

“Sebelum skandal 1MDB, Umno pulih sedikit dengan kemenangan 88 kerusi dalam PRU13,” katanya, sambil mengingatkan Umno ketika itu menukar pemimpin.

Mahathir berkata Umno terus dikuasai oleh presiden yang sedang bicara kerana rasuah, susulan keputusan perhimpunan agung Umno untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden pada pemilihan akan datang.

“Sekarang presiden Umno sedang hadapi caj. Apakah ahli Umno akan terus sokong Umno?” soalnya.

Tamat