Terkejut apabila akhbar utama negara, Sinar Harian dengan tajuk panas, “Baru Tahu Susahnya Jadi Menteri” agak mencuit hati dengan situasi terjadi kini.

Mahu tidaknya sebelum ini hanya asyik membangkang, namun selepas jadi kerajaan, mereka datang dengan solusi yang tak dapat diharapkan untuk mengatasi masalah ekonomi rakyat kini.

Isu telur tiada, harga barang meningkat, minyak Yang dijanjikan turun masih belum turun, semuanya menghantui rakyat kini. Jom ikutinya.

Dalam tempoh ini sudah cukup untuk rakyat Malaysia menilai menteri mana yang bijak dan rasional dalam mencari penyelesaian terhadap segala isu berbangkit terutamanya melibatkan kebajikan rakyat.

Mereka tidak boleh sekadar memberikan penyelesaian sepintas lalu atau mengambil cara mudah untuk menunjukkan keprihatinan dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

Sebagai contoh, masalah kekurangan telur dan harganya yang melambung tinggi sejak sekian lama, tidak boleh diselesaikan dengan hanya mengimport bekalan itu dari negara luar.

Rakyat mahukan jalan penyelesaian secara tuntas dan lebih praktikal kerana isu ini sudah lama membelenggu kehidupan mereka.

Harapan rakyat amat tinggi agar isu kekurangan bekalan dan kenaikan mendadak harga telur tidak lagi membelenggu kehidupan seharian mereka.

Begitu juga dalam isu kenaikan kos sara hidup dan peningkatan harga barang di pasaran yang juga masih tiada penyelesaian tuntas.

Biarpun dua kementerian diwujudkan bagi menyelesaikan dua permasalahan berkenaan iaitu Kementerian Ekonomi serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, namun sehingga hari ini, belum nampak solusi baharu kecuali bantuan khas untuk rakyat yang dijenamakan semula.

Rakyat tidak mahukan satu solusi jalan pintas terhadap kemelut yang melanda kehidupan mereka itu tapi mahukan satu tindakan yang nampak keberkesanan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Para menteri tak boleh memberikan solusi yang dilihat seperti tangkap muat tanpa pengukuhan daripada aspek tindakan secara praktikal.

Mungkin inilah satu pembelajaran baharu kepada menteri-menteri yang kebanyakannya tiada pengalaman sebagai wakil kerajaan.

Mungkin juga sekarang baru mereka tahu lebih mudah jadi pembangkang, berbanding bila duduk di kerusi kerajaan.

Kredit -Sinar Harian

Advertisement