“Sweden tidak sepatutnya mengharapkan sokongan Turkiye untuk NATO,” itu amaran keras yang dilaungkan oleh Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan semalam selepas berlakunya insiden pembakaran al-Quran di luar kedutaannya di Stockholm.

Ia sekali gus tindakan Erdogan bagi menjauhkan lagi prospek Sweden dan Finland untuk menyertai pakatan pertahanan itu sebelum pilihan raya presiden dan parlimen Turkiye, Mei ini.

“Adalah jelas bahawa mereka yang menyebabkan aib di hadapan kedutaan kita, tidak boleh mengharapkan sebarang kebajikan berhubung permohonan untuk menjadi ahli NATO,” katanya.

Sebagai langkah memboikot tindakan Sweden itu Erdogan sudah menetapkan beberapa syarat yang sukar termasuk permintaan supaya Sweden mengekstradisi puluhan suspek Kurdish yang dituduh atas “keganasan” atau terbabit dalam rampasan kuasa 2016 yang gagal.

Erdogan berkata, pembakaran kitab suci umat Islam adalah jenayah kebencian yang tidak dapat dipertahankan dengan kebebasan bersuara.

Tamat