Susahnya kehidupan kini, soal makanan masih belum dapat diselesaikan walaupun sudah dua bulan kerajaan baru memerintah. Soal protein paling murah untuk rakyat marhean hilang dipasaran tempatan.

Ianya menyebabkan misteri besar dalam negara. Itu tidak termasuk soal minyak masak bersubsidi yang masih kurang dalam pasaran tempatan.

Pernah dicadangkan sebelum ini, barangan bersubsidi seperti gula, telur, beras, minyak hanya boleh dibeli oleh rakyat tempatan sahaja, ianya tidak dilaksanakan.

Sekian lama warga asing yang bertapak di negara ini menikmati subsidi berkenaan sehingga mereka ini mampu membeli barangan subsidi ini secara pukal dan dijual pula kepada rakan yang lain.

Tak percaya, anda boleh ke pekan pekan besar yang adanya golongan warga asing yang membuka kedai, anda boleh lihat stok minyak masak paket bersubsidi, tepung dan gula bersubsidi yang dijual oleh mereka.

Terbaru, melalui media tempatan Astro Awani memberi gambaran betapa sukarnya rakyat tempatan mahu mendapat barangan bersubsidi ini, sama ada golongan peniaga mahupun golongan pengguna.

“Pagi tadi beli telur, harga naik kepada RM14.80 berbanding sebelum ini RM12.90, selepas Tahun Baharu Cina lagi naik dan susah nak dapat.

“Macam dulu laksa dengan telur sebiji saya jual RM5, tapi sekarang saya terpaksa naikkan kepada RM6 ,” katanya ketika ditemui di sini, pada Selasa.

Sementara itu, peniaga nasi lemak di Seri Kembangan, Siti Zulaiha Katemen, 55, berkata, dia sukar untuk mendapat bekalan telur sejak kebelakangan ini.

“Kadang saya terpaksa jual nasi lemak kosong tanpa telur, kalau ada pun, mungkin terpaksa naikkan harga,” ujarnya.

Dalam masa sama, katanya, pembelian minyak peket juga dihadkan kepada dua peket seorang berikutan kekurangan bekalan di pasaran.

Bagi seorang lagi peniaga, Nur Sabrina Ahmad, 33, pula, dia tiada pilihan lain selain terpaksa mengurangkan kuantiti makanan yang dijual.

“Dulu mana-mana ada telur, bagi perniagaan, saya memang guna telur banyak. Dulu satu papan telur saya boleh beli dengan harga serendah RM10, tapi sekarang paling mahal saya pernah beli dalam RM18 sepapan.

“Jadi kalau saya beli tiga papan, kos meningkat secara mendadak dan memberi kesan kepada perniagaan saya. Kalau nak naikkan harga pelanggang mengadu, jadi apa saya buat, saya kekalkan harga asal tapi saya kurangkan kuantiti seperti dari telur sebiji saya kurangkan separuh,” jelasnya.

Tamat

Kredit – Astro Awani

Advertisement