Seakan tertanya-tanya status Khairy Jamaluddin selepas menyatakan secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu, jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Susulan itu, status keahlian bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam parti di masih tergantung selepas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan mengatakan nasib KJ hanya akan diketahui petang tadi.
“Petang ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita.
Sebelum ini KJ dikatakan bersalaj selepas membidas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Puad Zarkashi kerana mempersoalkan tindakannya memuji beberapa ahli parti yang membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap keputusan UMNO untuk mengekalkan dua jawatan tertinggi parti itu daripada ditandingi dalam pemilihan parti.
Khairy mengkritik gesaan untuk menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan oleh rakan-rakan dalam partinya dan menyifatkannya sebagai “kegilaan” dan cubaan untuk menyekat demokrasi.
Malah dalam kempennya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November lalu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut mendakwa, UMNO telah hilang arah dan perlu kembali ke akar umbinya.
Tamat