Entah apa yang mula meracuni kepala staff kedai serbaneka terkemuka di Malaysia. Ada ke patut menggunakan mop yang memcuci lantai sebagai cara membersihkan microwave !.
Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di akaun Twitter @AshrafChak, dilihat pekerja berkenaan bertindak memasukkan mop lantai ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk membersihkannya.
Ketuhar gelombang mikro tersebut kebiasannya digunakan oleh pelanggan bagi memanaskan makanan yang dibeli dari kedai serbaneka tersebut.
“Hello kedai serbaneka, tolong jelaskan pada pekerja anda untuk buat pembersihan dengan cara yang betul. Mop lantai pun masuk dalam ‘microwave’, pengotor!,” ciap @AshrafChak.
Bagaimanapun, lokasi cawangan kedai serbaneka terbabit tidak dapat dipastikan.
Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 6,656 perkongsian dan 5,676 tanda suka.
Tamat