Khairy Jamaluddin bakal terima apa saja nasibnya selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengadakan mesyuarat pada Jumaat nanti berhubung isu menyokong beberapa ahli parti yang membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (RoS) terhadap keputusan UMNO untuk mengekalkan dua jawatan tertinggi parti itu.

Sebarang keputusan yang dibuat oleh MKT UMNO itu adalah berdasarkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Lembaga Disiplin UMNO yang diadakan pada Rabu, lapor Sinar Harian.

Susulan pengesahan Mohamad itu, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) mula menjadi tumpuan media sejak jam 4 petang.

Namun tiada sebarang pengesahan dan maklumat lanjut mengenai mesyuarat yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun, sebarang keputusan hasil mesyuarat tertutup itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat.

Selain Khairy, dipercayai Tan Sri Noh Omar juga akan dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO pada 30 Januari depan.

Tamat