Pastinya semua rakyat Malaysia terkejut apabila pemimpin UMNO yang selama ini memberi khidmat bakti kepada rakyat semuanya dipecat dan digantung keahliannya.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sambil menjelaskan keputusan itu dipersetujui majoriti ahli MKT.

“Adalah empat, lima pemimpin dan ahli ratusan (digantung dan dipecat). Semua ahli MKT setuju, biarlah presiden umumkan,” katanya ketika beredar meninggalkan Menara Dato’ Onn di sini, semalam.

Antara yang dipecat ialah Bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin dipecat daripada UMNO.

Kedua-duanya dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Selain itu, Ahmad Maslan berkata, ahli UMNO yang digantung hak-hak dalam parti selama enam tahun adalah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ahli Parlimen Sembrong), Datuk Maulizan Bujang (Ketua Bahagian Tebrau), Datuk Seri Mohd Salim Sharif (Ketua UMNO Jempol) dan Shahril Sufian Hamdan (bekas Ketua Penerangan UMNO).

“Turut dipecat, lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO negeri Pahang.

“Antara kesalahan mereka adalah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU15,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sementara itu turut dipecat Tan Sri Noh Omar selepas mencabar Zahid Hamidi memecat dirinya apabila keahliannya digantung selama enam tahun

Tamat

Advertisement