“Ini bukanlah pengakhiran tapi hanya permulaan… Permulaan yang baharu,” itu kata Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang digantung keahlian dalam Umno selama enam tahun semalam.
Menurutnya adalah suatu perkara baharu yang perlu ditempuhi dalam meneruskan usaha serta agendanya membela agama, bangsa dan tanah air.
“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sudah memutuskan untuk menggantung keahlian saya dalam parti selama enam tahun.
“Berkenaan apa langkah seterusnya, saya terpaksa berbincang dengan kepimpinan Umno Sembrong untuk memikirkan apa hala tuju dan tindakan saya selanjutnya.
“Apa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk cekal berjuang demi agama bangsa dan tanah air,” katanya semalam.
Tanat