“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. “‘Unbowed, unbent, unbroken’,” itu kata Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Menurutnya dia langsung tidak kecewa atau tunduk dengan pemecatannya sebagai ahli UMNO, malam kelmarin kerana proses pemecatan keahlian partinya tidak mengikut proses biasa, khususnya membabitkan Lembaga Disiplin.
“Mengesahkan tiada proses sewajarnya. Tiada surat tunjuk sebab dan pendengaran Lembaga Disiplin.
“Secara ringkasnya dan dibuang dalam tempoh satu hari daripada parti yang saya setia selama 23 tahun,” katanya dengan tegas.
Menurut Khairy Jamaluddin dia sama sekali tidak akan membuat sebarang rayuan dan mengadap Zahid Hamidi.
“Bila sudah dipecat, pasti nak kena fikir soal masa depan politik. Apakah langkah seterusnya dan ada minta saya buat rayuan.
“Tetapi, saya rasa tak yakin dengan undang-undang rimba yang dipakai oleh presiden yang mana pemecatan itu dibuat tanpa mengikut proses biasa.
“Kalau hantar pun ia tidak dilayan, jadi saya rasa buang masa saja nak buat rayuan. Kalau inilah cara dia buang saya, maka memang tidak ada keadilan (dalam parti),” katanya dipetik menerusi laporan media itu.
Tamat