*CEO masa depan JDT dan penasihat pembagunan Johor” itu tulisan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Instagram miliknya.
Ia cukup membuktikan kredibititi kerja Khairy Jamaludin yang baru dipecat daripada UMNO kerana tidak perlu menunggu lama untuk berkhidmat.
Jawatan yang ditawarkan itu bukanya sekadar ‘main-main’ sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas ini.
Keinginan Tunku Ismail itu dilihat tepat di mana Khairy cukup meminati sukan bola sepak.
Malah, bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga amat berpengalaman dalam hal ehwal bola sepak tempatan apabila pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2007.
Khairy juga adalah bekas Menteri Belia dan Sukan dari 2013-2018 di mana beliau mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat yang boleh dipasarkan ke luar negara.
Tamat