“Saya mengambil inisiatif sendiri menangani perkara ini,” itu kata putus daripada Presiden UMNO Zahid Hamidi semalam pada satu sidang media khas.
Menurutny ia berhubung kemelut politik yang melanda Sabah bagi membolehkan satu penyelesaian dapat dicapai, dan selain menyatakan perkara itu sebagai sesuatu yang subjektif.
“Sebentar tadi, kami mengadakan mesyuarat khas perhubungan UMNO Sabah dan perbincangan diadakan dengan cukup terbuka berhubung kedinamikan politik Sabah.
“Kita mengambil tempoh bertenang dalam menangani polemik atau kemelut di Sabah dari segi politik kerana kami berpandangan tiada perkara atau isu yang tidak boleh diselesaikan,” katanya semalam.
Menurutnya UMNO boleh duduk berbincang secara tertutup untuk mencari penyelesian dalam apa situasi sekalipun.
“Banyak pendekatan boleh kita ambil dan juga kaedah kita susun atur namun kita faham penyelesaian ini perlu persefahaman UMNO dengan rakan politik lain.
“Dalam hal ini kita beri keutamaan kepada agenda rakyat Sabah dan beri pencerahan terhadap kekeliruan yang berlaku.
“Saya yakin bahawa keberadaan saya ini adalah satu isyarat bahawa kepemimpinan parti di pusat tidak pernah mengambil ringan terhadap perkara yang berlaku di Sabah.
Tamat