“Belum sampai 100 hari memerintah, Anwar telah mengkhianati semangat perjuangan reformasi yang didukung oleh penyokong-penyokongnya sendiri,” kata bekas perdana menteri itu,” itu kenyataan daripada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Menurut beliau berkata masyarakat kini sedang memerhatikan semua kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Anwar Ibrahim sejak dia dilantik sebagai perdana menteri.

Lihat sendiri bagaimana Anwar melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada perdana menteri itu.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia seorang perdana menteri melantik anak sebagai penasihat. Pelantikan ini menjadikan slogan reformasi yang dilaungkan oleh Anwar sejak lebih 20 tahun lalu sebagai omongan kosong,” katanya.

Tidak sekadar itu, Anwar melantik Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berhadapan dengan tuduhan jenayah di mahkamah sebagai timbalannya.

“Ini dilakukan semata-mata kerana membalas “budi” Zahid yang berjaya memaksa ahli-ahli parlimen BN memberi sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Bukan setakat itu sahaja, janji perdana menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan juga dibuang ke laut apabila Anwar melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Kewangan. Ini satu lagi kesilapan Anwar yang tanpa segan silu bercakap tak serupa bikin,” katanya dengan tegas melalui laman sosial Facebook miliknya.

Tamat