“Malah, gambar etika pakaian pelawat ketika berurusan dalam premis kerajaan juga dilekatkan pada Pos Kawalan sebagai rujukan,” itu respons Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berhubung selepas tular isu seorang wanita enggan mengikut arahan serta memprovokasi anggota bertugas.
Menurutnya wanita bertindak melakukan provokasi terhadap anggota polis hanya kerana tidak berpuas hati selepas tidak dibenarkan masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini semalam kerana memakai pakaian tidak bersesuaian.
“Ketika itu, anggota berkenaan mendapati wanita terbabit memakai seluar pendek paras paha (di atas paras lutut) lalu menasihatinya memakai pakaian bersesuaian jika mahu berurusan di premis kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Anggota itu sekali lagi menasihatinya secara berhemah dan meminta dia menukar seluar yang lebih bersesuaian jika ingin berurusan di balai polis.
“Wanita itu dilihat memandu keluar dari IPD sebelum datang semula kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian bersama dua rakannya, dengan memakai seluar panjang,” katanya.
Katanya, dakwaan wanita itu dilarang masuk ke dalam kawasan IPD Kajang, walaupun sudah memakai seluar bersesuaian turut ditularkan menerusi laporan dikeluarkan sebuah portal berita.
“Pemakaian seluar panjang oleh wanita itu dalam gambar yang tular di portal berita berkenaan adalah selepas dia menukar seluar (lain) sebaik dinasihatkan oleh anggota bertugas.
“Untuk makluman, IPD Kajang berurusan dengan anggaran 300 orang sehari dan setakat ini, tiada apa-apa isu yang timbul mengenai pakaian.
“Malah, gambar etika pakaian pelawat ketika berurusan dalam premis kerajaan juga dilekatkan pada Pos Kawalan sebagai rujukan,” katanya.
Tamat